Khamis, 4 September 2008

Impian nak jaya jadi...


Sambungan dari coretan lepas…

Diandaikan kita ni sebagai orang yang telah diberikan tanggungjawab, tak kiralah sebagai penjawat awam mahu pun swasta, pendidik, pelajar di universiti atau di sekolah dan lain-lain lagi keadaan. Apa tindakan yang kita sepatutnya harus ambil dan kita laksanakan? Macam mana bagi diri anda? Bagi saya mudah je, kena berusaha lebih gigih bagi menjamin diri kita sentiasa terbaik di kalangan yang baik, bukan itu saja malah lebih lagi dengan mencapai tahap yang tertinggi.

Jadilah seorang yang boleh dibanggakan oleh organisasi dan keberadaan kita itu menjadikan diri amat dirasakan, malahan bila mana kita tiada amat juga dirasakan bila mana kita tiada di dalam organisasi tersebut. Dengan kata lain jadilah seorang pekerja yang cemerlang dan pelajar yang menjulang nama baik keluarga dan nama kampong. Begitu juga bila mana kita menjadi usahawan jaadilah usahawan yang mempunyai jaringan empayar yang hebat sehingga dapat melebarkan sayap perniagaan ke seluruh pelusuk dunia, bukan sekar itu saja malah boleh di warisi oleh beberapa generasi selepas kita dan bagi bekalan juga di akhirat nanti.

Kejayaan sesuatu yang diimpikan itu dapat dimaksudkan sebagai impian seseorang yang telah menepati ‘target’ atau matlamat. Apa yang saya nak katakana di sini ialah individu itu sendiri mampu mencapai matlamat yang diingini selama ini dengan begitu relatif. Jangan bimbang atau ragu lagi kerana kejayaan itu juga terlalu subjektif. Harap-harap rakan pembaca sekalian dapat la faham apa yang saya maksudkan di atas.

Sebagai seorang usahawan yang mantob, pendapatan bersih sekitar RM5,000 hingga RM10,000 sebulan bukan lagi satu impian tetapi ianya perupakan sasaran yang telah dipenuhi atau menepati sasaran. Maka dengan demikian ianya telah memasuki zon kejayaan yang diimpikan selama ini. Tetapi lain pula bagi golongan yang mensasarkan pendapatan yang melebihi RM50,000 sebulan, bila target tersebut tak dicapai ini bermakna mereka sebenarnya masih gagal dalam mencapi sasaran dan belum lagi berjaya. Oleh yang demikian, sasaran atau impian terhadap sesuatu itu perlu ada dalam setiap diri individu agar terus mendaki tangga-tangga kejayaan yang berterusan. InsyaAllah, Amin.

Usahakan agar diri kita jangan merasai keselesaan pada setiap masa, lebih-lebih lagi bila mana dah duduk di sebuah kerusi yang empuk dan berada di dalam pejabat yang mempunyai alat hawa dingin yang hebat, kita lupa segalanya. INGAT! Orang lain terus berusaha keras tau bagi mencapai hasrat untuk memajukan diri mereka. Bagi saya tak salah kalau kita terus berusaha mencapai sasaran demi sasaran, tindakan seterusnya ialah cabar diri supaya terus maju kehadapan dengan kata lain “Kita yang mengatur segalanya” jadi buat dulu ye jangan mengalah!..

Bersambung di siri akan datang..

Tiada ulasan: