Selasa, 16 September 2008

Bermula Dari Dalam Diri

Saya terpanggil untuk meluahkan rasa hati bila mana masyarakat kini lebih banyak menonton dari membantu atau menceburkan diri. Ianya tidak kira dalam bidang apa jua. Masyarakat kita kena bangun, sebelum terlewat. Kenapa saya tulis begitu? Kalau kita teliti dengan mata hati, kita dapati bangsa yang bukan muslim lebih mendominasi apa jua aktiviti di dunia ini. Kita ni banyak melihat dan tunggu. Saya mengharapkan agar kita semua berjuang berhabis-habisan agar kita berjaya bukan saja di dunia tetapi juga di akhirat.

Saya teringat pandangan al-Kawaqibi yang mana beliau menyatakan dalam kitabnya, umat Islam akan berjaya bila mana tidak jemu untuk menimba pelbagai ilmu secara berterusan atau istiqomah.

Tiada ulasan: