Jumaat, 29 Ogos 2008

Dulu lain rupanya...


Rindu betul aku dengan keadaan macam dulu...

Dulu masa duduk di Kuala Lumpur, rasa best sangat. Mana tidaknya semuanya dapat dikecapi dengan percuma. Ramai kawan-kawan yang suka bantu membantu, tak kira dalam apa jua waktu. Rindu sangat-sangat, semasa di sana kehidupan kawan-kawan suka kepada majlis ta'lim, ada impian nak buat di tempat baru ni tapi belum lagi berjaya.

Impian aku akan jadi kenyataan bila mana Ramadhan menjelang tiba tidak lama lagi.

Ikut la sepenuhnya...

salam,

saya terpanggil untuk menulis sedikit sebanyak berkaitan tanggungjawab semua pihak, lebih-lebih lagi kepada pemimpin yang bakal membawa kita ke arah keselamatan dan kebahgiaan di dunia juga diakhirat nanti. Ianya hanyalah nasihat, bukan ke agama Islam itu agama "Nasihat menasihati". Oleh yang demikian, sebagai seorang yang diberikan amanah kena usaha dan buat sehabis baik bukan kata tunggu dan nanti kerana kita ada golongan pelapis yang bakal menegakkan dan mengangkat Islam martabat Islam di masa akan datang. kita semua ni pemimpin jadi buat dan bantu agama Allah dengan segera, ingat Allah akan cepat bantu kita seperti kilat insyaAllah.

Usahakan la wahai para "Rais" kerana dirimu akan ditanya oleh-Nya apa sumbangan yang telah dibuat demi masyarakat dan juga agama Allah semasa diberikan amanah. Itulah impian semua pihak agar dunia akan sentiasa aman dan tenteram. jadikan impian Islam satu kenyataan. Impian untuk menerajui dunia agar selamat dari azab dan ujian Allah akan terlaksana InsyaAllah... Amin

Khamis, 28 Ogos 2008

Buangkan Ego 2!!!...



Siap sedia la, kita semua ni hamba yang diputrakan oleh Allah untuk menyelenggarakan alam ini. jadi kenapa kita rasa kita ni terlalu hebat? Hebat-hebat kita ada yang lebih lagi daripada kita. Insaf-insaflah.. Bukan kita ni nak tongkat langit. Buangkan sifat suka kata diri yang diciptakan oleh Maha Pencipta, kerana Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Kuatkan semangat dan tabahkan hati untuk jadi manusia yang terbaik bagi membantu manusia lain yang amat memerlukan.. Bolehkan?

Kita ni yang boleh membaca dan mendengar, jadilah manusia yang paling TAAT kepada-Nya... semoga sama-sama kita berusaha... InsyaAllah