Khamis, 25 September 2008

Meningkatkan "Page rank" dalam blog

Apa tujuan "Page Rank" di dalam blog anda? Page Rank ialah program yang dapat mengukur tahap ke populariti sesuatu blog atau pun laman web. Kenapa saya katakan begitu? Ini kerana jika page rank anda berada ditahap yang tinggi, blog anda termasuk di dalam kategori kedudukan yang amat baik di senarai enjin carian sama ada Google atau pun Yahoo.

Mudah je nak tau ketinggian page rank blog anda, ramai yang melawat dan alat yang menghubungkan web atau blog anda maka tinggi kedudukan laman tersebut.

Antara cara untuk meningkatkan kedudukan tersebut di enjin carian ialah;

* Berdasarkan kata kunci yang dibuat oleh blogger

* Menggalakkan sahabat-sahabat blogger melawat blog anda

* Banyakkan peluang kepada sahabat blogger memperolehi maklumat juga buatlah pertukaran pelbagai maklumat yang terbaru atau apa saja

* Buatlah pautan dengan tujuan dapat mengetahui siapa yang ada berhubung dengan anda dengan melayari http://technorati.com bagi membina rangkaian

* Mahukan lebih jelas lagi anda digalakkan membeli buku Panduan getresponse di laman http://langkahjaya.blogspot.com dengan segera sebelum kehabisan.

Selasa, 23 September 2008

Program Pengiklanan Yang Membawa Untung

Walaupun kita sebagai kita sebagai blogger yang menjalankan aktiviti pada waktu-waktu tertentu saja. Akan tetapi bukanlah niat nak dapat apa-apa juga balasan atau faedah dari kegiatan blogging di sepanjang melaksanakan aktiviti tersebut. Walau bagaimanapun, jika ada sesuatu yang bermanfaat dan juga boleh menambahkan pendapatan kepada diri blogger, tidak lah menjadi kesalahan malahan boleh la mempelajari aktiviti blogging itu dengan pelbagai ILMUAN BLOGGER yang telah lama berkecimpung dengan aktiviti tersebut. Inilah merupakan impian semua untuk menikmati pulangan selain membawa untung kepada blogger itu sendiri.

Jika sahabat-sahabat berkehendakkan sesuatu yang lebih hebat lagi cuba ikuti pembelajaran secara maya dengan para ilmuan di bawah ini;

Encik Mohd Suhaimy Abu Bakar - http://www.wangcyber.com

Encik Mohammed Farid Sulaiman - http://moneyclicking.net

Saya banyak belajar dari ilmu yang telah disampaikan melalui ebook ciptaan mereka dan juga buku tulan mereka berdua (www.rahsiablogger.com. Saya menyarakan kepada sahabat sekalian agar terus berjuang dan usah sesekali berasa putus asa. hal ini kerana saya telah beberapa kali mengalami 'troma' yang sering kali hendak melanggan sesuatu ebooks. Tidak semua penulis membuat onar dengan menipu kita dan kalau pun diri ditipu kita anggap saja hal yang sedemikian Allah yang bakal menentukan nasib mereka pada suatu masa nanti. Sedih tu memang sedih...

Usahakan dan teruskan belajar satu hari pasti kita akan berjaya juga seperti usahawan internet terkenal Irfan Khairi - www.rahsiainternet.com dan juga Muhammad Ammar Bin Zaharudin - http://rahsianewbie.biz

Semoga kita yang berakidah dengan bendera kalimah "LaailahaillaLlah Muhammadar Rasulullah" terus maju dan berjaya mengepalai dunia agar terus aman dan bahgia di dua dunia (dunia + akhirat), amin...

Jumaat, 19 September 2008

Buat La Checklist/Muhasabah Diri

Kenapa saya kata begitu? Tentulah ada sebab yang sangat besar. Saya pun sebenarnya terlewat untuk menulis tentang checklist di bulan Ramadhan al-Mubarak:

1. Niatlah untuk berpuasa sebulan.
2. Tetapi kena juga niat tiap-tiap hari.
3. Sembahyang berjemaah sama ada fardhu atau sunat.
4. Solat terawikh
5. Bertadarus dengan membaca al-Quran
6. Bangun jam 4.30 pagi untuk bersahur
7. Solat subuh berjemaah
8. Jaga pancaindera dan buat kerja dengan yang terbaik
9. Buat Qiamullail pada setiap malam jika mampu
10.Jangan menonton TV yang boleh mengurangkan pahala puasa.
11.Segera berbuka puasa.
12.Segera menunaikan solat maghrib
13.Makan malam bersama dengan keluarga
14.Bayar zakat fitrah pada akhir ramadhan atau sebelum solat sunat Hari Raya
15.Ucapkan Selat Tinggal Ramadhan dengan penuh keinsafan dan banyakkan berdoa agar berjumpa lagi pada tahun hadapan.

PALING PENTING! : Sepuluh malam akhir tumpukan usaha beribadah dengan sebaik-baiknya dan berdoa agar dapat bertemu dengan lailatul al-Qadar. Amin

Beruntung Siapa Yang Mendirikan Solat

Apa keuntungan yang kita akan perolehi? Antaranya adalah seperti berikut :

1. Allah kasih dan sayang kepada kita (hidup berkat)
2. Terhindar dari maksiat dan dosa
3. Selamat dari azab ketika hendak mati, dalam kubur dan juga di akhirat.
4. Jiwa sentiasa tenteram dan tenang
4. Murah rezeki
5. Berjiwa besar dan sentiasa optimis.
6. Melintasi titian siratal mustakim dengan mudah
7. Masuk ke dalam Syurga yang penuh dengan pelbagai nikmat
8. Wajah berseri-seri
9. Sentiasa mendapat limpahan hidayah dan rahmat
10.Menerima buku melalui tangan kanan

Jangan asyik nak buat benda yang menguntungkan saja, tapi tak bersedia untuk dapatkan keuntungan di sana nanti (bekalan di akhirat).

Selasa, 16 September 2008

Bermula Dari Dalam Diri

Saya terpanggil untuk meluahkan rasa hati bila mana masyarakat kini lebih banyak menonton dari membantu atau menceburkan diri. Ianya tidak kira dalam bidang apa jua. Masyarakat kita kena bangun, sebelum terlewat. Kenapa saya tulis begitu? Kalau kita teliti dengan mata hati, kita dapati bangsa yang bukan muslim lebih mendominasi apa jua aktiviti di dunia ini. Kita ni banyak melihat dan tunggu. Saya mengharapkan agar kita semua berjuang berhabis-habisan agar kita berjaya bukan saja di dunia tetapi juga di akhirat.

Saya teringat pandangan al-Kawaqibi yang mana beliau menyatakan dalam kitabnya, umat Islam akan berjaya bila mana tidak jemu untuk menimba pelbagai ilmu secara berterusan atau istiqomah.